Selasa, 3 April 2018

Entri Pendek.


Assalamualaikum blog tanpa pengunjung,
rindu aku terhadap penulisan semakin membuak-buak,
jadinya hari ini aku korbankan sedikit waktu untuk menulis,
kerana sekarang sudah lebih jam 12 malam dan esok kerja!
Mulai hari ini penulisan aku juga akan melibatkan pengalaman aku ketika mengembara.

.........
Itu saja untuk hari ini,
untuk cerita yang seterusnya aku akan berkongsi pengalaman aku ketika di India selama 20 hari.
sekian, terima kasih.
Have a happy day.

Sabtu, 28 Disember 2013

Suatu Hari Nanti

Pernah tak?
Suatu hari kau bangun dari tidur,
Kau rasa mahu lari?
Lari dari semuanya,
Lari tanpa arah,
Mencari jalan yang penuh cahaya,
Kerna kau terlalu penat untuk jalan yang berliku.
Siapa engkau sebenarnya?
Tertanya-tanya?????
Apa yang sudah aku lakukan didunia ini?
Dosa apa yang aku lakukan?
Adakah aku ini kawan yang baik?
Masih lagi tertanya,
Dan masih lagi juga tiada berjawab.
...............

Kalau aku mampu lari,
Lari jauh dari semua ini,
Lari dari segala kesibukan,
Mencari ketenangan dalam diri,
Melihat semua ciptaan Allah S.W.T.
Mengagumi ciptaan-NYA yang indah.
Satu hari hanya untuk ALLAH S.W.T.
Menilai kehidupan,
Menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Selasa, 10 Disember 2013

Ayah

Karya agung ciptaan asli : Fynn Jamal

"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

...........

Tepat 4:22 pagi,
Rasa hilang,
rindu,
kasih,
pada kau AYAH!

Manusia paling kuat untuk aku.


Hari itu,
Waktu itu,
Saat itu,
Masih lagi di ingatan aku,
aku lihat Ayah,
Mengenggam tangan,
Sakit yang dirasa,
Hanya untuk aku.

Andai dapat ku surutkan,
Sakit itu,
Hanya Tuhan yang tahu.

Pengorbanan seorang ayah untuk anaknya,
tiada tandingannya.



Rabu, 4 Disember 2013

Lidah dan Kata.

Cukup dengan kata,
Habis ranap hati,
Luluh segalanya,
Hati mati,
Jiwa hancur,
Minda beku,
Tergamam!

Kuat,
Sekuat mana aku mampu?
Harimau kuat?
Ada masanya aku terpaksa untuk jadi kuat,
Kuat lagi dari Harimau,
Mesti kuat,
Kalau Harimau boleh tumbangkan manusia,
Aku kena tumbangkan kata.

Kata-kata yang membunuh jiwa.
Nangis pun tak guna.
Jangan kata ikut sedap lidah.
Lidah dan kata yang bersekutu.

#Habis ranap hati aku.Berderai ke bumi.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Cinta Dogeng


Ini cerita cinta yang aku karang untuk tatapan kamu.

.............

Perasaan yang membuak-buak setiap kali aku terlihat engkau,kalau mampu untuk aku capai engkau dan bilang kpd kau yg aku sangat suka kamu…tapi terlalu jauh impian aku.Kita mcm langit dgn bumi.Macam beauty and the beast.Bila kau dekat dgn aku rasa mahu sahaja aku capaikan tangan dan bawa kau lari tanpa arah meneroka dunia yang luas dan biar kita berdua sahaja. Janji aku utk bahagiakan kau selamanya,dan itu sekadar cerita dongeng yang mampu aku reka.

Sakit

Serabut!
Fikiran dan perasaan tidak bergabung.

..............

Kalau nak diikutkan hati nak sahaja aku pergi.
Tapi akal kata "Diaorang tu kawan kau minah".
Aku tahan selagi aku mampu,
Aku cuba untuk jaga hati kamu2,
Tapi...
Terlalu sukar untuk aku luahkan semua.
Aku simpan,
Pendam.
Tapi...
Aku dah tak mampu,
Perasaan benci mula meluak-luak,
Aku senyapkan sahaja.
Moga-moga ini hanya sementara.

...............

Tolonglah sedar.
Cuba tengok sikit apa yang kamu sudah lakukan.