Jumaat, 5 Julai 2013

Perempuan itu dan anaknya.

Bila dunia hanya menampakkan yang girang sahaja.
Satu cerita yang berinspirasi ingin aku kongsikan disini.
Silalah baca dan letakkan diri kau didalamnya.
Jangan hanya menilai,kupas isinya.
..................

Perempuan itu.
cuba bayangkan,
Seorang budak perempuan kecil,
Mengandung.
Apa yang kau rasa,
Kata,

"Apalah budak zaman sekarang ni?"
"Mak Bapak tak reti jaga anak ke?"
"Awatlah gatai sangat budak ni"
"Miang keladi betuilah"
"Gelenya"

Bila hanya kau dan aku bersama,
Akan adalah "DIA",
Si syaitan yang direjam,
Merosakkan anak cucu Nabi Adam.
Hanya Iman menjadi petunjuk.
Itupun kalau Iman kau kuatlah.

Tapi disebalik semua yang terjadi,
cuba bayangkan,
Budak perempuan yang kecil mengandung tanpa diketahui,
Tapi dia masih lagi berusaha untuk melahirkan anaknya,
Bukan dalam tandas,
Bukan dalam semak,
Bukan,bukan,bukan!


berbekalkan sedikit wang yang ada si ibu berusaha seorang diri untuk melahirkan seorang anak,
betapa mulianya tindakan kau manusia,Aku tabik spring.Biarpun maruah tergadai,tapi di hatinya masih ada lagi kasih sayang untuk nyawa yang baru.Ya Allah kau kuatkanlah dia.

Wahai Manusia,
Ingatlah kau,
Jangan sesekali menolak takdir yang tertulis,
Terima apa yang terjadi,
Jadikan iktibar untuk kehidupan seterusnya.

Kenapa kita nak buang mereka ini?motif?sebab dia mencalarkan maruah keluarga?
sebab malu dengan orang sekeliling?apa nak jawab dengan jiran?
Untuk aku, pergi mampus dengan kata-kata orang!Orang boleh bercakap,tambah cerita,letak sikit garam,sikit ajinomoto,nah terhasillah sebuah karya agung.Woi!orang kampung ANAK KAK JEMAH MENGANDUNG!Celakalah kau suatu hari nanti.Kalau tak tau cerita senyap jangan nak buat mulut.Inilah antara sebab kenapa kes pembuangan anak semakin berleluasa,pernah kau terfikir?

"Aku takutlah nanti mak ayah aku buang aku"
"Apa aku nak bagitahu mak bapak aku"
"Memang salah aku"
"Jiran-jiran semua mesti nanti tanya"
"Kesian mak bapak aku"
"Aku menyesal"

Ya,Menyesal!
Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.
Kau pun pernah jugakan?
Tuhan sedang menguji,DIA tahu kau perempuan yang kuat


Hanya kata-kata,
Boleh membunuh satu jiwa,
dan nyawa.
Pernah kau tanya,
Apa yang terjadi?
HAHAHHAHAHHAHAHA
Anak Haram!
Itulah dia.

Jangan menolak tapi menerima,
Segala yang terjadi ada hikmahnya.
Disebalik kesedihan ada kegembiraan,
Ahli baru dalam keluarga,
Nyawa dan jiwa baru,
Untuk dibesarkan menjadi manusia yang berguna.

Jangan pernah kau kata,
Kalau dah anak haram,
Perangai pun mesti macam haram.
Kau tuhan?
Setiap nyawa yang ada,
Di ibaratkan bagai satu kurniaan tuhan yang tak terhingga.
Cuma cara yang menjadi masalah.

Satu hari nanti akan aku jadikan anak-anak ini,
Muhrimku,
Insya-ALLAH,
Akan aku besarkan dengan jiwa raga aku.


Sanggupkah kau meragut satu nyawa hanya sebab malu?
Biar Malu pada Allah S.W.T jangan pada manusia.