Aku berubah untuk mencari jalan,
Macam kamu-kamu,
Jalan yang benar untuk hidup ini,
Tapi masih kelabu.
Apa lagi yang dicari hati dan jiwa.
Aku berubah untuk mencari jalan,
Macam kamu-kamu,
Jalan yang benar untuk hidup ini,
Tapi masih kelabu.
Apa lagi yang dicari hati dan jiwa.
Kalau boleh aku sampaikan apa yang difikir,
Biar semua rasa apa yang dirasa.
Kalau boleh aku lontarkan semuanya,
Biar semua dengar apa mahu ku.
Bukanlah populariti yang aku cari tapi sedikit ruang untuk aku berkata.
Cukuplah walau sedikit ruang untuk aku luahkan dengan sepenuh jiwa raga ku.
Biar mereka hanyut bersama aku.
Lidah terkelu bila jumpa kau,
Kawan lama,
Bilalah kita boleh sembang macam dulu balik.
Rindunya aku,Tuhan maha mengetahui.
Kalau dapat aku undurkan masa,
Takkan aku bagi sedikit ruang untuk kita renggang,
Tapi sebab E_ _ kita jadi bodoh.
Bila jumpa,
Eh,aku tak kenal kau,
Kau kenal aku ke?
Lumrah dunia.
Cubalah teka E_ _ tu apa?
Dulu bila kita jumpa,
Kita memang gila-gila remaja,
Gelenya,
Biasalah nak membesar,
Tapi sekarang.
Aku selalu jelly tengok kau,
Sebab kau cantik,
Kau selalu dapat apa yang kau nak.
Tapi kita masih kawan baik.
........................
Mungkin aku tak mampu nak katakan dekat kau,
Aku betul betul rindu persahabatan kita dulu.
Aku harap kau pun sama.
SAHABATKU.
Apa nak dikata,
Orang boleh berkata,
Kita senyapkan saja,
Akan tiba satu masa,
Mereka-mereka itu menangis sendiri,
dan bertanya apa yang aku telah lakukan.
Pernah kau merasa bagaiman sakitnya hati ini,
Bila aku harus mendegar buahan mulut manusia,
Pasal IBU aku sendiri?
Pernahkah kau rasa?
Rasa nak marah,
Sedih,
Benci,
Kasihan
Apalah nasib Ibu.
Ibu yang melahirkan aku,
membesarkan aku,
dan
mencintai aku,
Ibu yang satu.
Cubalah kamu-kamu bayang,
Hati menangis sendiri,
Cukuplah Ibu,
Akan tiba satu hari nanti,
Aku bawa Ibu jauh dari manusia-manusia ini,
Hanya kita berdua,macam belangkas,
Ke sana ke mari.
Setiap sesuatu ada balasannya.
Kesilapan.
Menipu kalau manusia takde "titik hitam".
FYI,Yes you!
Aku manusia bukan ROBOT!
Tidak melakukan kesalahan,
Kekadang pun robot boleh rosak,
Apatah lagi manusia?
Kau MANUSIA,Aku....hmmm,
MANUSIA jugalah wei,
Jangan buat aku macam binatang,
Takde perasaan,
Nak gertak?Nak pukul?
Kata Budi Bahasa Budaya Kita.
Oh,aku lupa..
Tu hanya slogan,berapa kerat je yang ikut?
Lu fikirlah sendiri.
Minta Maaf,kau dan kau.
Memang takkan dapat hormat dari aku.
Aku bukan sesiapa,
Aku hanya menulis,
Kalau kau rasa pelik,
Itulah aku didalamnya.
Kalau tak diterima,
Tak mengapa.
Pergilah kau.
Tapi,
Aku tetap disini menulis apa yang dirasa.
Itu yang pasti.